Latar Belakang
Background

Sistem Maklumat Racun Perosak (SISMARP) telah diwujudkan semenjak tahun 2001 bertujuan untuk memberi maklumat mengenai pengesyoran racun perosak bagi sektor pertanian. Petani, pengusaha ladang serta agen pengembangan pertanian boleh membuat rujukan melalui SISMARP untuk mendapatkan maklumat racun perosak berdaftar yang disyorkan untuk tanaman atau kawalan perosak yang tertentu.

SISMARP versi kedua ini telah ditambah baik dari versi terdahulu di mana versi ini mesra pengguna, paparan yang menarik, kaedah pencarian yang mudah, hasil carian boleh disimpan / dimuat turun dan boleh dicetak. Semua maklumat akan dikemaskini setiap tiga bulan.

Adalah diharapkan usaha ini akan memberi manafaat kepada semua yang terlibat bagi memastikan bahawa racun perosak yang digunakan adalah berkesan dan selamat sebagaimana maksud ianya perlu digunakan. Ini akan membantu ke arah mengurangkan masalah sisa baki racun perosak yang dibenarkan pada hasil tanaman dan masalah pencemaran alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

Pengarah
Bahagian Kawalan Racun Perosak
Jabatan Pertanian

Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia. Semua Hak Terpelihara © 2024
Pesticide Control Division, Department of Agriculture Malaysia. Copyright Reserved © 2024