Sistem Maklumat Racun Perosak (SISMARP)
SISMARP boleh di muat turun secara percuma di sini. Untuk menggunakan SISMARP, anda perlu mempunyai Microsoft Access 2007. Sekiranya tiada, anda boleh mendapatkan Runtime Access 2007 di sini dan install seperti biasa sebelum menggunakan SISMARP.
Tarikh akhir kemaskini : 19 Ogos 2011
Objektif utama SISMARP adalah untuk memberi maklumat mengenai pengesyoran racun perosak dalam sektor pertanian. Semua racun perosak yang disyorkan telah berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak sehingga Mei 2011 dan diluluskan penggunaannya bagi mengawal perosak, penyakit dan rumpai pada tanaman/kawasan yang dimaksudkan seperti yang dinyatakan di dalam label produk terbabit. Oleh yang demikian, petani, pengusaha ladang serta agen-agen pengembangan pertanian boleh membuat rujukan melalui SISMARP untuk mendapatkan pengesyoran racun perosak yang sesuai.
Usaha ini merupakan versi kedua yang memberi tumpuan kepada pengesyoran racun perosak untuk mengawal perosak, penyakit, dan rumpai bagi 90 jenis tanaman dan juga 11 kawasan bukan tanaman.
Adalah diharapkan usaha ini akan memberi manafaat kepada semua yang terlibat bagi memastikan bahawa racun perosak yang digunakan adalah berkesan dan selamat sebagaimana maksud ianya perlu digunakan. Ini akan membantu ke arah mengurangkan masalah sisa baki racun perosak yang dibenarkan pada hasil tanaman dan masalah pencemaran alam sekitar.
Sila hubungi Timbalan Pengarah Penilaian Teknikal melalui talian 03-2030 1492 sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai SISMARP.
Sekian, terima kasih.
Pengarah
Bahagian Kawalan Racun Perosak
Jabatan Pertanian
Hakmilik:
Maklumat ini adalah hakmilik
Jabatan Pertanian. Cetakan dan penggunaan semula maklumat ini adalah
dibenarkan dengan syarat penghargaan diberikan kepada Jabatan Pertanian.
Penafian:
Jabatan Pertanian tidak akan bertanggungjawab
untuk sebarang kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh pengunaan apa-apa
maklumat yang diperolehi dari sistem dan halaman web ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung