OBJEKTIF PUSPANITA

 

1. Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan 
   anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan.

2. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri
   ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-
   bengkel, seminar dan kursus.

3. Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli
    dan keluarga mereka serta masyarakat.

4. Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi
    aktiviti-aktiviti amal kebajikan.

5. Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan
    lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan
    menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang
    berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.

6. Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang
    diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya.
    Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya
    untuk kebajikan dan faedah ahli.

7. Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang
    didapati oleh persatuan ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan
    digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan
    persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada
    sebarang ahli persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang
    pembayaran yang di buat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau
    kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat mereka telah
    memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.