Y.BHG.DATIN KALTHOM MOHAMED

Pengerusi PUSPANITA Jabatan Pertanian

 

Assalamualaikum w.b.t.h dan Salam Sejahtera,

Saya amat gembira dan berbangga dengan terbinanya lawan web PUSPANITA Jabatan Pertanian Malaysia.Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang telah berusaha, terutamanya Jawatankuasa Kecil Seranta dan ICT yang telah berjaya membangunkan laman web ini.

Dengan adanya laman web ini, semoga lebih banyak informasi akan dapat disebarkan dengan lebih berkesan supaya dapat menarik perhatian ahli-ahli PUSPANITA. Saya yakin usaha ini boleh menjadi satu dorongan untuk menggalakkan keahlian baru. Saya menyeru supaya aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli-ahli dapat dijalankan dengan lebih giat lagi. Seterusnya, kenangan-kenangan tersebut boleh diabadikan di dalam Laman Web kita untuk dikongsi bersama.

Dengan segala usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua Ahli-Ahli Jawatankuasa pastinya amat bermakna dalam memastikan persatuan ini bergerak dengan jayanya. Saya berharap segala cadangan, pandangan dan sokongan daripada ahli-ahli PUSPANITA Jabatan Pertanian akan berterusan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Semoga semua anggota PUSPANITA terus aktif mengikut program-program yang dianjurkan untuk melengkapi diri dengan ilmu dan pengetahuan serta sentiasa memupuk perasaan muhibbah selaras dengan konsep 1 Malaysia.

Sesungguhnya, aktiviti seumpama ini boleh memberi kematangan dan pendedahan yang diperlukan untuk kita menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang. Akhir kata, saya menyeru kepada semua supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara selaras dengan slogan "Wanita Sepakat Negara Meningkat".

 

Sekian, terima kasih.