Sukacita dimaklumkan Biro Pendidikan Puspanita Jabatan Pertanian akan menganjurkan Pertandingan Edible Landscape. Sehubungan itu, satu kursus untuk menerangkan dan membimbing para peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh      : 11 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa       : 9.00 pagi
Tempat    : Pusat Flora & Teknologi Herba,
                   Jabatan Pertanian, Serdang
Tenaga pengajar : En. Mohamad Adli Salihin

Kursus atau sesi taklimat ini juga terbuka kepada semua warga jabatan yang berminat dengan tempat terhad kepada seramai 30 orang sahaja. Peserta akan didedahkan kepada bagaimana untuk mengamalkan perbelanjaan rumah secara berhemah dan mendapatkan sumber makanan harian yang sihat dan selamat melalui edible landscape.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung terus dengan Puan Aeshah Ismail 03-88703030 atau emel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .