.


INFO SALM & SOM

Logo SALM Logo SOM

PAUTAN

Laman Web Rasmi Jabatan Pertanian

Portal MyGov

Sistem AgrIS GeoPortal

Portal Agribazaar

MSC Malaysia

Home PROFIL JABATAN Kelab Sukan dan Rekreasi
Kelab Sukan dan Rekreasi PDF Print E-mail
Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

KELAB SUKAN DAN REKREASI JABATAN PERTANIAN WP LABUAN

 

Kelab Sukan Dan Rekreasi Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan telah ditubuhkan pada 6 hb. Mei 2009. Kini sudah genap 3 tahun menjadi sebuah pertubuhan di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya 0815-09-SBH. Ahli Kelab terdiri daripada Kakitangan Pengurusan Profesional, Sokongan dan Pekerja Am Rendah seramai 18 orang Ahli Kelab. Keahlian adalah terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

Tujuan asal penubuhan Kelab ini adalah untuk;

  1. Menjaga kepentingan dan kebajikan bersama dikalangan ahli-ahli,
  2. Memupuk serta mengeratkan semangat silaturahim antara semua ahli
  3. Mengadakan kegiatan-kegiatan yang boleh membantu dalam mengujudkan semangat berkerjasama sebagai satu pasukan atau kumpulan kearah kemakmuran bangsa dan negara,
  4. Mengadakan serta mengalakkan kegiatan-kegiatan kebajikan, ekonomi dan sosial yang difikirkan berfaedah kepada ahli-ahli dan masyarakat, dan
  5. Menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi seperti pertandingan acara sukan, pertandingan memancing untuk menambahkan tabung Kelab selaras dengan tujuan dan matlamat sebenar Kelab.

 

Keterangan Logo Kelab

Logo Kelab menggunakan logo Jabatan Pertanian iaitu satu bentuk bujur yang merupakan sebiji padi masak berwarna kuning di tengah-tengah tiga garisan melengkung di kiri yang berwarna hijau tua dan di kanan berwarna hijau muda.

Logo Kelab juga memiliki dua (2) gelungan berbentuk bujur yang mengelilingi logo Jabatan Pertanian yang berwarna hijau tua dan hijau muda sama seperti warna tiga garisan melengkung pada logo Jabatan Pertanian.

Di bahagian bawah logo ini terdapat nama Kelab Sukan Dan Rekreasi Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan yang berwarna hitam.

Logo Jabatan Pertanian mengambarkan ahli-ahli Kelab ini terdiri daripada kakitangan Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

Dua (2) gelungan berbentuk bujur yang bersilang menggambarkan kekuatan dan kerjasama berpasukan dalam satu Kelab yang teguh.

 

Maksud Warna Logo

  1. Warna Hijau Tua melambangkan semangat, kekuatan dan kerjasama yang kuat dalam Kelab.
  2. Warna Hijau Muda melambangkan kesederhanaan dan saling bertolak ansur dalam mencapai kesepakatan semua ahli Kelab.
  3. Warna Kuning melambangkan kedaulatan dan kehormatan diri semua ahli dalam Kelab.

 

JAWATAN KUASA KELAB SUKAN DAN REKREASI JABATAN PERTANIAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN; 2013

Penaung : En. Mohamad Taufik bin Johari

Pengerusi : Pn. Hafizah binti Abdul Katha

Naib Pengerusi : En. Ahmad bin Ismail

Setiausaha : En. Patrick bin Tangkalau

Penolong Setiausaha : Pn. Dk Norbaiyah binti Ag Besar

Bendahari : En. Marius Gosong

 

AJK :

En. Fredrick bin Jamari

En. Rody bin Sibawon

En. Ar Yadih bin Dirih

Pn. Seaulin bte Bajau @ Salinnah

En. Kassim bin Deli

 

Pemeriksa Kira-Kira :

Puan Shelvia Suzakrin binti Sukri

 

GAMBAR-GAMBAR PENGLIBATAN DALAM SUKAN MOA Inc. WP LABUAN

Last Updated on Wednesday, 04 December 2013 19:51
 


| Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |
Hakcipta Terpelihara 2011 © Jabatan Pertanian Labuan
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi paparan 1024 x 768 piksel